Lokasi perlancongan menarik sekitar Homestay

UiTM CAMPUS MACHANG,KELANTAN


 

Universiti Teknologi Mara adalah salah sebuah universiti awam yang terletak di Kelantan dan ianya hanya mengambil masa hanya 30minit perjalanan dari Homestay Hati Cekal.Kampus UiTM Machang merupakan salah satu daripada cawangan Universiti Teknologi MARA yang terletak di dalam negeri Kelantan Darul Naim. Ia telah ditubuhkan pada bulan Julai 1985 sebagai kampus cawangan UiTM yang kesembilan di sebuah lokasi sementara berhampiran Kota Bharu. Kini, kampus UiTM cawangan Kelantan berada di lokasi tetapnya di Machang setelah mula berpindah pada bulan Januari 1996.

MAAHAD TAHFIZ SAINS, TANAH MERAH


 MAAHAD TAHFIZ SAINS Yayasan Islam Kelantan telah mula beroperasi pada 25 Januari 2004 yang dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan. Idea penubuhan ini juga adalah hasil dari cetusan pemikiran beliau sendiri yang mengharapkan wujudnya kesepaduan ilmu wahyu dengan ilmu wakie dalam kurikulum. Bermula dengan 60 pelajar lelaki dan 50 pelajar perempuan dengan empat kelas sekarang ini jumlah pelajar ialah 1485 orang dengan penempatan di lima buah sekolah agama Yayasan Islam Kelantan. Kampus induk di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah menempatkan 674 pelajar. Sekiranya pengunjung ingin berkunjung ke Maahad Tahfiz ini ianya hanya mengambil masa hampir 20minit dari Homestay kami.

UMK KAMPUS JELI



Jeli (Jawi: جيلي ) merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.
Beberapa kawasan utama di Jeli termasuklah Batu Melintang, Air Lanas dan Kuala Balah.
Pentadbiran Jajahan Jeli telah bermula pada 1hb. Julai 1982 sebagai sebuah jajahan kecil iaitu hasil daripada pecahan Jajahan Tanah Merah dan Kuala Krai. Pada 1hb Januari 1986, Jajahan Kecil Jeli telah dinaikkan taraf sebagai sebuah Jajahan Penuh. Sehingga hari ini Jajahan Jeli adalah sebuah jajahan yang terbaru di Negeri Kelantan. Kini terdapat sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Jeli yang di namakan Universiti Malaysia Kelantan.a merupakan institut pengajian tinggi awam yang ke-19 di Malaysia dan memulakan pengambilan pelajar pada awal Jun 2007. Terkini, universiti ini mempunyai lima buah fakulti dan dua pusat pengajian untuk digunakan oleh para penuntut universiti ini.
Kampus utama UMK pada masa ini terletak di Pengkalan Chepa, manakala kampus tetapnya terletak di Bachok dan Jeli. Untuk ke UMK Kampus Jeli ini hanya memerlukan 30minit perjalanan dari homestay kami.

POLITEKNIK JELI DAN TANAH MERAH



Politeknik Tanah Merah dan Jeli Kelantan merupakan sebuah politeknik yang terletak di Jeli, Kelantan, Malaysia. Ia merupakan politeknik ke-22 yang telah ditubuhkan oleh Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 2007 dengan penempatan sementara di Politeknik Kota Bharu.Kini terdapat 2 politeknik berhampiran Homestay Hati Cekal iaitu Politeknik Jeli dan Tanah Merah.Untuk ke Politeknik Tanah Merah ianya hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit dari homestay dan utk ke Politeknik Jeli ia mengambil masa lebih kurang 40 minit dari homestay.


LATA HUJAN


Air Terjun Lata Hujan Tanah Merah terletak di Hutan Simpan Ulu Kusial. Tempat   ini merupakan tempat berkelah dan rekreasi yang popular di kalangan   penduduk setempat. Pelancong Tempatan dan Antarabangsa terdapat banyak   kemudahan yang disediakan

Oleh kerajaan dan pihak berkuasa tempatan seperti Tandas Awam, Wakaf   Rehat, Musalla dan tempat untuk berkhemah, menjalani latihan dan Kursus. Air   terjun yang jernih menjadikan tempat ini sesuai untuk mandi manda dan Rekreasi Air.  Untuk ke Lata Hujan ia hanya mengambil masa 30minit dari Homestay Hati Cekal



PUSAT MEMBELI BELAH BUKIT BUNGA




Terletak di Tepi Lebuh Raya Utama Timur Barat yang menghubungkan Negeri Kelantan Dan Perak. Bukit Bunga juga bersempadan dengan Negara Thailand. Pusat Membeli Belah Bukit Bunga, Tanah Merah telah dimajukan oleh ketua jajahan Tanah Merah dengan kerjasama KESEDAR dan lain-lain jabatan kerajaan.


Terdapat banyak gerai-gerai yang menawarkan barangan tempatan dan barangan import terutama dari Negara Thailand dengan harga yang murah. Selain daripada itu, terdapat gerai makan,minuman, dan buah-buahan. Lain-lain kemudahan yang terdapat di sini ialah Tandas Awam, Masjid, Wakaf, Bank, Balai Polis, Pejabat Pos dan Tempat Letak Kereta. Untuk ke bukit Bunga ia hanya mengambil masa 30minit dari Homestay Hati Cekal


ZON BEBAS CUKAI RANTAU PANJANG

Zon bebas cukai Rantau Panjang adalah salah satu pusat percutian yang sering di lawati oleh pengunjung yg bertandang ke negeri Kelantan.Rantau Panjang merupakan sebuah pekan yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand yang terletak di utara negeri Kelantan dalam kawasan barat jajahan Pasir Mas. Ia berada 39 kilometer di barat daya bandar Kota Bharu dan terletak berhampiran dengan Sungai Golok, Thailand. Ia terkenal dengan pelbagai barangan jualan dan cenderahati. Pemeriksaan Unit Pencegah Penyeludupan, Jabatan Kastam dan Ekais Diraja, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia menguatkuasakan sekatan di sekitar Rantau Panjang bagi megelak penyeludupan dadah, beras, gula, manusia dan sebagainya. Rantau Panjang dikenali ramai sebagai kawasan zon bebas cukai. Jika anda berkesempatan berkunjung disini anda boleh lah membeli barang dengan harga yg sangat berpatutan.Untuk ke Zon bebas cukai Rantau Panjang ia hanya mengambil masa 40minit dari Homestay Hati Cekal






  

No comments:

Post a Comment